Ahad, Oktober 24

sUaTu KeTiKa...

9 April 2010, suatu detik yang amat bersejarah yang berlaku di dalam hidup aku....suatu detik yang tidak pernah aku duga selama aku hidup di atas muka bumi ini....suatu detik yang amat menyedihkan yang berlaku atas setiap insan dan detik inilah juga yang berlaku ke atas diriku... suatu detik yang memberi kesan ke atas seluruh hidupku....KERANA pada detik inilah..aku kehilangan seorang insan yang amat istimewa, yang amat berharga,dan yang paling aku sayang di dunia ini...insan tersebut adalah IBUKU.....

Ibu…
Di kedinginan malam sunyi
Terkenang daku akan pemergianmu
Dibuai sejuta kenangan manis
Disiram segar..subur kasih penuh rindu
Mengiringi pemergianmu…

Ibuku meninggalkankan aku tanpa aku sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.. peristiwa tersebut berlaku secara amat tiba-tiba dan tanpa ku sangka. Sungguh remuk hatiku pada ketika itu apabila aku mendengar panggilan telefon daripada ketuaku yang menyatakan bahawa ibuku sudah tiada.. bagaikan tidak percaya, aku berlari sekuat hatiku dari mana tempat aku berada pada ketika itu untuk mengesahkan berita tersebut.. apabila aku memelefon kakakku….. dia pun bagaikan tidak dapat berkata-kata dan menangis sahaja,dan pada masa itu barulah aku percaya….yang aku sudah tidak mempunyai ibu lagi.. hati aku bagaikan dipukul, aku tidak tahu hendak berbuat apa-apa dan apa yang aku lakukan pada ketika itu hanyalah menangis sahaja sehinggalah rakan-rakanku datang untuk mententeramkan aku…

Ibu…
Sejuta keampunan kupohon darimu
Buat penghapus doa insane kerdil ini
Buat menebus kekurangan melayani hayatmu
Buat melunas hutang jiwa..
Seorang anak terhadap ibu…



Bermacam-macam janji yang dimeterai antara aku dan ibuku..namun janji hanyalah tinggal janji.. aku tak sempat untuk menghadiahkan apa-apa sahaja hadiah kejayaan untuk ibuku, dan aku tak sempat untuk membahagiakan ibuku dan menjaga ibuku sebagai seorang anak terhadap ibunya…Sepanjang perjalanan pulang untuk menatap jasad ibuku buat kali terakhir, apa yang berlaku ke atas diriku…Airmataku hanya berguguran jatuh ke riba tanpa henti..tidak pernah aku menangis sebegini sepanjang hayatku..Tangisku bukanlah meratapi kematian ibuku tapi aku bersedih kerana aku tiada di sisi ibuku di saat pemergiannya.

Oh Ibu…
Kutinggalkan jasadmu di kuburan ini
Namun izinkan ku bawa pulang kasih sayangmu
Izinkan ku bawa semangat & doamu
Izinkan aku pulang berbekalkan
Keampunan dan red0mu…..

Apabila sampai sahaja di halaman rumahku, hati aku berdebar-debar.. aku lihat ramai yang menunggu kepulanganku, yang menyambut kedatanganku,. Namun dalam hati aku, Cuma satu……..ibuku… aku menatap wajah ayahku, namun ketenangan terpancar di wajah ayahku..aku tahu di sebalik ketenangan air mukanya, tersimpan seribu kesedihan di dalam hatinya di mana beliau telah kehilangan insan yang paling dicintainya.
Aku mengorak langkahku menuju ke tempat jasad ibuku. Ku lihat ibuku terbaring dan senyuman seolah-olah tergambar di mukanya.. aku ingin menangis tetapi setitik pun tidak keluar airmataku… mungkin ibuku tidak mahu aku menangisi pemergiannya dan merelakan pemergiannya…itu yang aku fikirkan ketika itu.
Sesudah itu, aku hanya mampu membacakan ayat-ayat suci sebagai hadiah untuk ibuku dan juga penenang jiwaku..ibuku kemudian dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.. sekurang-kurangnya aku berpuas hati kerana aku turut menyembahyangkan jenazah ibuku dan kemudian aku turut mengangkat jenazah ibuku ke dalam rumah barunya untuk disemadikan…

Doakanlah aku ibu..
Agar bersemangat menyambung amal ibadahmu
Berbekal akal, ilmu dan iman..
Yang engkau ajarkan dulu..

Ya Tuhan..
Ku titip jasad ibu untuk dikau rahmati
Ku pinjam jiwa kental dan kasih saying ibu
Buat bekal hidup yang berbaki
Ku rayu keampunan segala dosa Ya Rabbi
Hidayahkan aku apa saja demi menebus segala dosa ibunda
Biar harta, nyawa dan jiwa menjadi galang gantinya….

Apa yang aku harapkan sekarang ini, di mana sahaja ibuku berada, semoga tuhan sentiasa merahmatinya, mengampuninya dan menyayanginya kerana sudah banyak yang sudah ibuku korbankan untuk ank-anaknya.. biarpun dia menderita, biarpun dia terseksa, biarpun dia kecewa..namun ketenangan sentiasa terpancar di riak wajahnya…
Aku tak sempat untuk membalas segala jasa-jasamu ibu…apa yang mampu aku bekalkan kepadamu hanyalah sedekah dan amal jariah serta bacaan ayat-ayat suciNya… ya Allah, kasihanilah ibuku sbagaimana ibuku telah mengasihani kami anak-anaknya selama di dunia ini dan semoga jasanya terbalas nun DI SANA……

Janganlah kau siksa dia wahai tuhan..
Aku pohon, aku rayu padamu setulus jiwa
Rahmatilah, Kasihanilah dia..
Sepertimana dia mngasihaniku sejak kecil.

Ya Allah, ya tuhanku…
Aku berpegang pada janji Mu, janji Rasul Mu,
Bagaimanapun keadaanku
Izinkan aku menyambung amal ibu
Izinkan aku memenuhi tawaran janjimu…..

Demi Ibu ku… Demi Ibu ku… Demi Ibu ku…

1 ulasan:

Hanis Abdul berkata...

sabar ye zulkarnain...sedih sgt krana x dpt bersma ko time 2...smoga roh ibumu dicucuri rhmt...amin