Isnin, Oktober 25

MaSaLaH = UjiAn ...

Masalah?????
masalah..masalah...masalah...
benda itu sering berkunjung tiba dalam kehidupan kita..
aku x suka masalah..sebab bukan senang aku nak atasinya..
bnyak msalah...duit, study, kawan, lawan, kegagalan,
dan sume yang berkaitan dngan hidop aku,
mesti ada msalah yang menumpang..

Tapi..jika aku teliti balik, tak ada manusia kat atas dunia ni
yang tak ada masalah...cuma bergantung pada diri masing-masing cara
untuk mengatasi dan adapt dengan masalah masing-masing. Lain orang lain
cara... ada sesetengah orang bila dapat masalah terus mengeluh dan berputus asa
seolah-olah tiada jalan penyelesaian.. tapi aku kagum akan sesetengah orang pula
masalah yang menimpanya lagi membakar semangatnya untk terus berusaha dan pandai
untuk adapt dengan masalahnya...

Masalah ni boleh dikategorikan sebagai ujian jika kita berbalik kepada agama kita.
Ujian...datang dan pergi. ujian ni juga suatu anugerah. Bukan saja-saja tuhan nak
bagi ujian pada hambaNya melainkan untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu sekiranya
ujian tersebut dilalui dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Bagi sesetengah manusia yang jauh lalai daripada Tuhan, ujian ni diberi supaya kita ingat balik akan siapa Pencipta kita..
ye la..bila je dapat masalah, msti akan terkeluar daripada mulut kita, YA ALLAHHHH......

Ujian adalah guru kita yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir daripada Allah. Yang mempunyai maksud tertntu. Tapi kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula melatah dan cepat gelabah. Kita mula merasakan bahawa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam malahan buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih, jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya.Ujian sebenarnya melatih kita untuk Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu.. Apa yang aku coretkan bukannya bermaksud aku ni alim ataupun sentiasa bersabar dgan ujian ni. Bahkan aku ni pun jahil juga. Setiap manusia mesti melakukan kesilapan tapi kadang-kadang kita juga perlu untuk muhasabah diri sama ada ujian yang diturunkan kepada kita mendekatkan @ menjauhkan kita dari Allah.....

Ahad, Oktober 24

Ingatlah Kepada Ibumu...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

ibu...
segala nasihat yang kau hamparkan pada ku
kan ku semat kukuh di dasar ingatanku ini..
kelembutan bicaramu serta kelunakan suaramu mengaji
kan menjadi peniup semangat sehingga ke akhir hayatku..
ohh ibu kesayangan ku...
semoga nurkasih-NYA sentiasa melingkari perjalanan kehidupanmu...
terima kasih atas pengorbanan dan jerih perihmu membesarkanku...
Dikaulah bidadari kayangan yang bertakhta dihatiku..

sUaTu KeTiKa...

9 April 2010, suatu detik yang amat bersejarah yang berlaku di dalam hidup aku....suatu detik yang tidak pernah aku duga selama aku hidup di atas muka bumi ini....suatu detik yang amat menyedihkan yang berlaku atas setiap insan dan detik inilah juga yang berlaku ke atas diriku... suatu detik yang memberi kesan ke atas seluruh hidupku....KERANA pada detik inilah..aku kehilangan seorang insan yang amat istimewa, yang amat berharga,dan yang paling aku sayang di dunia ini...insan tersebut adalah IBUKU.....

Ibu…
Di kedinginan malam sunyi
Terkenang daku akan pemergianmu
Dibuai sejuta kenangan manis
Disiram segar..subur kasih penuh rindu
Mengiringi pemergianmu…

Ibuku meninggalkankan aku tanpa aku sempat menatap wajahnya buat kali terakhir.. peristiwa tersebut berlaku secara amat tiba-tiba dan tanpa ku sangka. Sungguh remuk hatiku pada ketika itu apabila aku mendengar panggilan telefon daripada ketuaku yang menyatakan bahawa ibuku sudah tiada.. bagaikan tidak percaya, aku berlari sekuat hatiku dari mana tempat aku berada pada ketika itu untuk mengesahkan berita tersebut.. apabila aku memelefon kakakku….. dia pun bagaikan tidak dapat berkata-kata dan menangis sahaja,dan pada masa itu barulah aku percaya….yang aku sudah tidak mempunyai ibu lagi.. hati aku bagaikan dipukul, aku tidak tahu hendak berbuat apa-apa dan apa yang aku lakukan pada ketika itu hanyalah menangis sahaja sehinggalah rakan-rakanku datang untuk mententeramkan aku…

Ibu…
Sejuta keampunan kupohon darimu
Buat penghapus doa insane kerdil ini
Buat menebus kekurangan melayani hayatmu
Buat melunas hutang jiwa..
Seorang anak terhadap ibu…



Bermacam-macam janji yang dimeterai antara aku dan ibuku..namun janji hanyalah tinggal janji.. aku tak sempat untuk menghadiahkan apa-apa sahaja hadiah kejayaan untuk ibuku, dan aku tak sempat untuk membahagiakan ibuku dan menjaga ibuku sebagai seorang anak terhadap ibunya…Sepanjang perjalanan pulang untuk menatap jasad ibuku buat kali terakhir, apa yang berlaku ke atas diriku…Airmataku hanya berguguran jatuh ke riba tanpa henti..tidak pernah aku menangis sebegini sepanjang hayatku..Tangisku bukanlah meratapi kematian ibuku tapi aku bersedih kerana aku tiada di sisi ibuku di saat pemergiannya.

Oh Ibu…
Kutinggalkan jasadmu di kuburan ini
Namun izinkan ku bawa pulang kasih sayangmu
Izinkan ku bawa semangat & doamu
Izinkan aku pulang berbekalkan
Keampunan dan red0mu…..

Apabila sampai sahaja di halaman rumahku, hati aku berdebar-debar.. aku lihat ramai yang menunggu kepulanganku, yang menyambut kedatanganku,. Namun dalam hati aku, Cuma satu……..ibuku… aku menatap wajah ayahku, namun ketenangan terpancar di wajah ayahku..aku tahu di sebalik ketenangan air mukanya, tersimpan seribu kesedihan di dalam hatinya di mana beliau telah kehilangan insan yang paling dicintainya.
Aku mengorak langkahku menuju ke tempat jasad ibuku. Ku lihat ibuku terbaring dan senyuman seolah-olah tergambar di mukanya.. aku ingin menangis tetapi setitik pun tidak keluar airmataku… mungkin ibuku tidak mahu aku menangisi pemergiannya dan merelakan pemergiannya…itu yang aku fikirkan ketika itu.
Sesudah itu, aku hanya mampu membacakan ayat-ayat suci sebagai hadiah untuk ibuku dan juga penenang jiwaku..ibuku kemudian dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.. sekurang-kurangnya aku berpuas hati kerana aku turut menyembahyangkan jenazah ibuku dan kemudian aku turut mengangkat jenazah ibuku ke dalam rumah barunya untuk disemadikan…

Doakanlah aku ibu..
Agar bersemangat menyambung amal ibadahmu
Berbekal akal, ilmu dan iman..
Yang engkau ajarkan dulu..

Ya Tuhan..
Ku titip jasad ibu untuk dikau rahmati
Ku pinjam jiwa kental dan kasih saying ibu
Buat bekal hidup yang berbaki
Ku rayu keampunan segala dosa Ya Rabbi
Hidayahkan aku apa saja demi menebus segala dosa ibunda
Biar harta, nyawa dan jiwa menjadi galang gantinya….

Apa yang aku harapkan sekarang ini, di mana sahaja ibuku berada, semoga tuhan sentiasa merahmatinya, mengampuninya dan menyayanginya kerana sudah banyak yang sudah ibuku korbankan untuk ank-anaknya.. biarpun dia menderita, biarpun dia terseksa, biarpun dia kecewa..namun ketenangan sentiasa terpancar di riak wajahnya…
Aku tak sempat untuk membalas segala jasa-jasamu ibu…apa yang mampu aku bekalkan kepadamu hanyalah sedekah dan amal jariah serta bacaan ayat-ayat suciNya… ya Allah, kasihanilah ibuku sbagaimana ibuku telah mengasihani kami anak-anaknya selama di dunia ini dan semoga jasanya terbalas nun DI SANA……

Janganlah kau siksa dia wahai tuhan..
Aku pohon, aku rayu padamu setulus jiwa
Rahmatilah, Kasihanilah dia..
Sepertimana dia mngasihaniku sejak kecil.

Ya Allah, ya tuhanku…
Aku berpegang pada janji Mu, janji Rasul Mu,
Bagaimanapun keadaanku
Izinkan aku menyambung amal ibu
Izinkan aku memenuhi tawaran janjimu…..

Demi Ibu ku… Demi Ibu ku… Demi Ibu ku…