Rabu, November 3

HAPPY BESDAY TO ME...

Alhamdulillah, hari ni 3 November 2010 genaplah umurku 20 tahun aku hidup atas dunia ni,
sepanjang perjalanan hidupku, bnyak liku-liku hidup yg sudah aku tempuhi,
ada suka dan ada duka. sama ada bersama keluarga dan kwan2 tercinta..
Namun, 3 November 2010 membawa seribu satu makna dalam hidup aku..
hari ni sambutan secara special telah dilakukan untuk aku..haha
aku mndapat hadiah balingan telur 8 das berturut-turut..
habis satu badan bau busuk..satu aras pulak tu..huhu
siap kna sapu dngan losyen plak tu.. :)atoyai..
mungkin ni balasan utuk aku coz suka sngat usik2 org..
bahkan masa besday kwan-kwan aku sbelum ni, aku yg paling sibuk dan
beriya-iya sngt.. nazrin, paan, rusli & fahmi jamal sume jadi mangsa aku.
kna sapu losyen plak tu.haha
next time xtau la sapa plak kan..haha
tapi apapun cara sambutannya, semuanya adalah kerana kami saling
ingat-mengingat antara satu sama lain.. lain tempat lain cara..
time kat sekolah dulu siap bagi hadiah lg tanda ingat & mnghargai sebuah persahabatan..
A FRIEND IN NEED IS A FRIEND IN DEED..



apapun, aku nak ucapkan terima kasih yg teramat sngat kepada kenalan
dan kawan2 coz ingat and wish
besday aku..siap ada yg post kat blog..
haha.
and xlupa kat yg bagi hadiah..dah tua-tua pun dpat hadiah lg..

AKU HARAP ALLAH AKAN MURAHKAN REZEKI AKU 
DAN PANJANGKAN UMUR AKU SUPAYA DAPAT
AKU MENERUSKAN HIDUP KAT DUNIA NI..
BANYAK BENDA LG NAK BUAT..

THANKS...



Selasa, November 2

SeBuaH KeLuaRGa BaHaGia....

Tadi aku terbaca satu kisah yg diceritakan oleh salah seorang sahabatku dalam blog beliau, beliau menceritakan kisah beliau dngan ibunya..terharu sngat bila aku membacanya.. begitulah kasih seorg ibu.. apa yang menariknya, kisahnya ada persamaan dngan aku, persamaanya bila tiap2 kali nak blik kg, ibuku juga lah yg paling sibuk nak uruskan itu, uruskan ini, macam nak organize kenduri kawin pulak..:) tiap kali aku balik, ibuku akan masak mkanan yg sedap2.tambahan plak aku satu2nya anak lelakinya..syg lbih skit..jauh di sudut hatinya, dia xnak hampakan aku yg smemangnya jarang blik bercuti..tp semua tu hnya tinggal kenangan abadi sekrg..aku tahu ibuku pasti bahagia di sana.. Tuhan lebih menyayanginya... :)

my mum & dad..
           
kini tumpuanku hanyalah kat ayahku..ayahku ni seorang yang pendiam dan tenang orangnya.. tapi bila dia marah,fuhh, tuhan je yg tahu. mungkin dia xnak anaknya tngok dia bersedih.. "nain, bila dapat cuti?" itulah pertnyaan ayah aku setiap kali aku menelefonnya,,huhu.. tp kadang2 bila aku blik kg, bila ada saudara-maranya yg datang menjenguknya, dia pasti akan menangis..teramat susah utk aku lihat ayahku menangis sbnarnya, tp kadang2 bila dia terlampau sedih,xdpat than perasaannya, dia pasti mngeluarkan airmata..aku cuma nak gembirakan ayahku je sekarang, pasti ayahku sunyi sekarang, tambahan pula dia tinggal bersendiri je kat umah..kesian aku tngok dia..hnya doa dapat anakmu ini krimkan semoga ayahku sentiasa kuat semangat.. insyallah..

kakakku

kak ti (mak long)

kakak aku yg sulong ni mmg tabah orangnya, dah berkahwin dan ada 7 org anak.. aku sgt2 kagum dngan kakak sulongku ni sebab dia x pernah hidup senang.walaupun begitu, dia sentiasa tersenyum dan tabah menghadapi hidupnya bersama suami dan anak-anak.. selepas tamat je tingktan 3, kakak sulong aku terus kahwin sebab famili aku susah sangat waktu tu, x dpat nak bantu kakak aku sambung belajar.. kakakku yg ni pandai orgnya, tapi syang..jodohnya sampai awal..tp yang agak melucukan, waktu ibuku mengandungkan aku, kakakku ini turut mnengandungkan anaknya yang sulong.. :) aku sentiasa kagum, walau apa yg melanda keluarga beliau, beliau cukup tenang dan jarang aku tngok dia bersedih,walau hdup susah pun dia tetap bahagia dan gembira.. ini yg membuatkan aku fikir kekayaan xsmestinya buat org bhagia.... beliaulah sumber inspirasiku..

kak nu (mak ngah)

kakakku yang kedua ini pula sngat kelakar orangnya..dia suka sngt mngusik kami adik beradik..mungkin perngai aku yg suka usik org ni pun dapat dari dia..lpas tamat form 3 dia pun trut berhenti sekolah dan trus bekrja kat seremban..bkan ape, kluarga kami susah sngt waktu tu..kesian akak aku trpaksa berkorban..sekarang ni dia ada 3 org anak dan menetap di seremban.tiap2 kali dapat weekend aku msti pergi umah dia..tapi aku prasan, sjak ibuku mninggal, kakakku ni dah x mcam dulu lg.. tambahn pula kakakku yg ni sedang sakit.. pernah sekali dia menelefon aku, dia menangis mngadu masalhnya..aku nak je trut mnangis tp aku than je xnak dia lg sedih coz kakakku yg inilah yg pling sensitif dan mudah mnangis.. hidup dia sekeluarga pun sederhana je, x susah & x senang..
saayg akak..

kak sa (mak cik)

kakakku yg ketiga ni pulak cool je orgnya..dia la yg pling garang. aku asyik kna mrah dngan dia jew..
tapi dia la yg paling bnyak berkorban untuk aku.hbis form 5 dia trus bkrja sbab nak bntu ringankan beban keluarga padahal dia layak utuk naik tngktan 6..sejak kami kehilangan ibu, dia la yg mngganti tmpat ibuku..apa yg membuat aku sedih bila aku cuba mngusiknya " kak, bila kak nak kawin?".. lantas apa yg dijawbnya " xpe la dik, kak tnggu dik hbis blaja dulu, bila dah dpat mkan gji, dpat kerja bolehla tlong famili, nnt kak tenangla skit, kak kna tolong kluarga kta dlu..."
itulh ayat yg kluar dr mulutnya..sedih aku mndgarnya..dia snggup korbankan msa dpan dia sbab nak tngok adik dia berjaya..sayg akak..

aku????
inilah diri aku sekarg....
aku bertekad bahawa aku akan cuba sedaya upaya aku untuk membahagiakan dan menggembirakan org di sekelilingku terutama keluarga ku..i luv mu family!!!!!

You don't choose your family.  They are God's gift to you, as you are to them.  ~Desmond Tutu








Isnin, November 1

INSYALLAH....

Fuhh...final dah dkat, tpi study nye x jugak... bila nak stat study ni....
tension, stress......itu lah yg aku pling xnak bila tiba saat-saat genting ni,..
bila fikir pasal final exam ni, teringat pulak kat satu peristiwa pahit
dalam hidup aku... bukan ape, aku harap sgt2 peristiwa sebegini xkan 
berlaku lagi dalam hidup aku.. bila ingat kembali, seminngu je nak dkat final,
aku khilangan ibu tersayang.., hanya tuhan je yang tahu camne keadaan aku
ketika tu.. aku terfikir, bleh ke aku nak study ni sedangkan hati aku dirundung 
pilu ketika tu..cmne aku nak study dalam keadaan camni..tiap saat, tiap waktu,
wajah ibuku sering terbayang-bayang dalam pemikiranku.. 

besar sungguh dugaan tuhan ni kan..pembelajaran aku terganggu, fikiran aku x menentu..
apa saja aku buat sumenye x kena.. namun begitu, aku cuba mhasabah diri...yg pergi biarlah pergi,
jgn kita ratapi, perjalanan kita jauh lg untk dilalui... aku mendpat smngat dan sokongan drpada
keluarga.. kerana hnya akulah sahaja harapan keluarga.. kakak aku lah yg memainkan peranan
yg amat besar dalam hdupku. daripda kesemua adik beradikku, hnya aku sorg je yg
dpat menjejakkan langkah ke universiti., kesemua kakakku ingin tngok aku berjaya.,
sebab kejayaan aku, kegembiraan mereka...kalau ibuku masih hidup, tentu dia juga inginkan begitu...
aku sgt2 berterima kasih kpda kakakku, ayah dan x lupa juga kepada kwan2 yg bnyak beri semngat
dan sokongan..



pernah sekali tu,aku sedih sngat2 dan xde tmpat nak dituju,, aku brjumpa dngan mej ustaz daud
untuk dpatkan nsihat dan motivasi, beliau dgan berbesar hati membantuku.. apa yg membuatkan 
aku sedkit lega, x sangka nasib aku sama sepeti dia..cma beliau kehilangan ayah tercinta...
beliau menasihati aku dan memberikan aku semngat untuk trus belajar.. di saat aku bercerita
tntg nsibku, beliau turut mngeluarkan air mata.. hatinya tersentuh dgan ceritaku kerana nasib
kami seakan sama...sejak dari itu,kau mnjadi seorg yang kuat smngat dan ceria..aku mula menumpukan
perhatianku kepada study dan alhamdullih aku semakin lega..



betul kata orang, setiap yang berlaku ada hikmahnya..alhamdullah, result yg aku dpat agak gempak
walaupun tidak mencapai impianku..apa yang telah tuhan kurniakan sudah mencukupi bagi aku..
ujian yang tuhan berikan kepada aku membuatkan aku smakin tabah menjalani sisa-sisa hidupku..
harapan aku agar semester ini adalah semester yang terbaik bagiku.. insyallah..