Ahad, November 7

TeRiMa KaSiH.......

TERIMA KASIH....
hanya ungkapan ni yg dapat aku lafazkan
kepada rakan-rakan yg betul-betul mengambil berat akan daku
aku rasa akulah insan yg paling bertuah kat dunia ni..
sebab aku dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang
sentiasa mengharapkan keceriaan dan kegembiraan aku
tak dapat aku gambarkan kesyukuran aku..
di mana sahaja aku berada pasti ada kawan-kawan yg menemani..
sama ada yg selalu berada dngan aku
mahupun yg berjauhan dgan aku...
yg penting, mereka selalu ingat aku..


aku bersyukur kepada Allah
kerana di mana sahaja aku berada
pasti ada yang selalu bersama
saat aku sedih, saat aku suka
juga saat mereka juga dalam suka dan duka
jauh atau dekat
yg penting mereka selalu dengan kita


aku bukanlah seorg sahabat yg baik
sepertimana sahabat-sahabatku
sebab kadang-kadang dalam pertuturan aku
percakapan aku dan gurauan aku
aku selalu mnyakiti hati mereka
melukai mereka, dan mengecilkan hati mereka


bila aku inginkan hati aku gembira
kadang-kadang aku terlupa ada yang kecewa
ada yang terluka dan ada yang terasa
namun mereka sungguh mulia
kerana hanya diamkan sahaja
tahan sahaja dan buat-buat suka
semata-mata ingin lihat aku gembira
kadang-kadang susah kan untuk
memahami sesama kita


sahabat, apa yg aku pinta
andai kita ingin bersahabat
janganlah disebabkan kelebihan yg aku ada
kerana mungkin bila aku melakukan satu kesalahan
kau akan menjauhiku...
andai kita ingin bersahabat
jnganlah disebabkan sifat ceria yg aku ada
kerana mungkin bila aku bermasam durja
kau akan berpaling muka...


andai kita ingin jadi sahabat
janganlah disebabkan kesenangan yg aku ada
kerana mungkin di saat aku mendapat kesusahan
kau pergi meninggalkan aku kes0rangan...
andai kita ingin jadi sahabat
jnganlah disebabkan kejujuran yg aku ada
kerana mungkin bila aku melakukan penipuan
sedangkan penipuan aku adalah untk melindungimu
kau akan hilang sepenuh kepercayaan terhadapku...
hingga aku ditinggalkan jauh di belakang dan
waktu itu kau sudah tidak mahu menoleh lagi..


seringkali 'cinta' buat kita sakit hati...
'kekasih' buat kita lupa diri...
'kegagalan' buat kita patah hati...
tapi
'sahabat' buat hidup kita lebih bererti...


bila aku menyepi bukannya bereti aku hilang
bila aku diam bukannya bereti aku lupa
bila kita jauh bukannya bereti kita putus
kerana antara kita terdapat satu ikatan yg
amat bermakna dalam hidupku iaitu..
'PERSAHABATAN'...


selain keluarga, tiada apa yg memberi makna dalam hidup aku
melainkan sahabatku..dan jnganlah kamu menjauhi aku di saat aku
amat-amat memerlukanmu... TERIMA KASIH..