Khamis, Februari 3

Cuti Yang Bermakna...

Tarikh: Khamis 03/02/11
Masa: 12.00 Tengahari
Kondisi: Demam, Selesema Dan Batuk…

Suasana rumah aku pada masa ni sgt sunyi dan sepi..
sudah lama aku tak update blog dan inilah kali pertama sejak berblog ni, aku tulis dan coret kat umah aku kat kampung.. walaupun keadaan skrg ni aku tak berapa sihat tapi hati aku tiba-tiba terdetik untuk menulis blog ni..bila lagi kan,waktu ni agak free.aku pun baru lepas masak nasi, goreng ayam dan goreng telur utk lunch..maklumla xde sape2 kat umah ni..so, masa aku balik cuti ni la jadi tukang masak..huhu. lagipun, maybe lepas ni makan masa la plak nak update yg baru..Tambahan pulak aku dgn ayah aku je kat umah skrg ni..ayah aku pulak tengah tido..kesian dia, da berminggu-minggu dia demam dan dah dua kali dibawa ke klinik untuk diberi suntikan.tapi masih xsihat juga..
aku hnya mmpu menadah tangan dan memohon doa supaya ayahku ini sihat seperti sedia kala dan dpat buat kerja seperti biasa..
kadang-kadang aku rasa macam serba salah sebab tak tahu utk buat apa-apa sbg anak.. terlalu bnyak yg ayah aku lalui.jika dibandingkan dgan kesedihan aku, aku rasa ayah aku lagi banyak kesedihan yang telah beliau lalui berbanding aku..walaupun beliau seorg yg sgt pendiam dan tak bnyak bercakap tapi aku dapat merasakan kesedihan dan apa yang telah beliau lalui selama ni.. sekiranya aku berada di tempat pengajianku dikelilingi teman-teman..tapi ayahku hanya bersendirian di teratak usangku ini.sejak pemergian ibuku,ayahku hanya bersendirian di rumah kami ini. Tiada lagi tempat beliau mengadu, dan menjaga makan minum serta keperluan beliau..tak dapat aku bayangkan apa yang telah ayahku rasa dan lalui selama ini sedangkan aku yang seminggu cuti ni pun da bermacam-macam perasaan yg aku rasakan dek kerana kenangan bersama ibuku lebih-lebih lagi kegembiraan yg pernah kami rasai suatu ketika dahulu...kehilangan insan tersayang baginya iaitu ibuku telah banyak memberi kesan yang amat mendalam kepada beliau.. ibuku lah teman beliau, ibuku lah kawan beliau, ibuku lah cinta beliau dan ibuku lah pengubat hati beliau..
dalam derita ada bahagia, dalam gembira mungkin terselit duka.tak siapa tahu tak siapa minta ujian bertamu.bibir mudah mengucap sabar tapi hati yang remuk menderita..namun segala takdir harus diterima dgn hati tebuka..
kepulangan aku ke rumah ini sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada ayahku. Namun, aku masih tidak tahu bagaimana utk menceriakan ayahandaku.. wajahnya yang suram dan kusam sangat menusuk kalbuku…hati anak mana yang tak tersentuh sekiranya melihat kesedihan yg dirasai oleh ayah @ ibunya..suasana rumah aku yang agak suram jugak menambah lg kedukaan..setiap ceruk dan penjuru rumah yang aku lihat, aku akan teringatkan ibuku…begitu besar dugaan yang tuhan berikan ini sedangkan 
hambaMu ini seorg yng sgt lemah..
namun, adanya kakak aku meringankan kedukaan yg kami rasai..kakakku menggantikan tempat ibuku. Walaupun bukan sepenuhnya, tapi beliau memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup aku.. hanya pada kakakku sahaja tempat aku bermanja dan bermadu kasih sekarang ni., tak semua orang akan rasa apa yang kami rasai selama ini tapi ada yang lebih bersedih dari kami.., hargailah apa yang kita ada kerana sekali kita kehilangan, 
kita tak akan dapat memutar masa untuk menggantikan semula 
waktu-waktu yg kita dah terlepas..

kadang-kadang hnya belaian ibu
yg mmpu memahami tangisan
mmpu melegakan kehampaan
dan mmpu menenangkan ketakutan
kadang-kadang hanya kasih sayang ibu
yg menjadi tunggak kekuatan saban hari
menjadi inspirasi utk menyuntik keyakinan diri
untk meneruskan perjuangan hidup ini
andai dapat ku ungkapkan semua
hnya ucapan terima kasih yg tak terhinnga
dan kerinduan yg amat mendalam

walau sebesar mana bakti kami berikan msih tidak dpat menjadi ukuran seperti mana ibu berjuang untk melahirkan dan membesarkn kami..
terima kasih utk kasih sayangmu..

tidak lupa juga...
terima kasih ayah..terima kasih kakak..


p/s: sebelum mata rapat terpejam, usah biar kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan..