Khamis, November 15

SaHaBaT...

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari hanya bercerita.. Ambillah masa untk memahami hati dan perasaannya walaupun sukar.. kerana dia juga seorang manusia, ada perasaan takut dan bimbang.. ada perasaan resah dan gelisah serta ada perasaan sedih dan kecewa.. Dia ada kelemahan dan perlukan semangat sebagai kekuatan.. jadilah kita kawannya itu.. Kita mungkin selalu lihat dia ketawa tetapi dia mungkin tidak setabah yg kita sangka.. kerana dia hanyalah manusia.. disebalik senyuman itu, mungkin terdapat cerita sedih yang ingin diluahkan,. disebalik ketenangan itu mungkin terselit seribu satu kekalutan..
mungkin suatu hari dia akan mnyakitimu dgn sikapnya, namun anggaplah itu sbgai suatu ujian dlam mmbentuk sebuah jalinan persahabatan.. kerana pertemuan kita telah ditakdirkan.


dalam berjuta,.. engkaulah pilihanku. ku temui pelbagai kesusahan dlam mncari sahabat sepertimu.. sahabt yg setia...

To All Friends: THANK YOU...

Selasa, September 11

Coretan Buat Sahabat


Assalamualaikum sahabatku, maaf skiranya kehadiran coretan ini menganggu. Aku cuma mengharapkn keikhlasanmu memahami kandungan coretan ini yg mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan dan kemaafan utk segala dosa dan kesalahan yg telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah sebuah prsahabatan.
Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yg baik utkmu. Maaf kerana mejadi sahabat yg pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaanmu.
Maaf  andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yg pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yg sempurna dan baik utkmu. Aku cma seorang sahabat yg penuh dengan kekurangan dan kelemahan yg seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.
Aku mengutuskan coretan ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yg pernah kita kongsi bersama. Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yg tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. Setulus hati, aku mohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku. Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.

"Sometime I am thinking of u. whether you still remember me or not, it's not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too."

 Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yg terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku dulu. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. Namun, maaf jika kau merasakan yg sebaliknya sepanjang mengenaliku. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat!
Semoga setiap langkah yg terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan utk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yg sering melukaimu dan membuatkan kau menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.
Sahabat, kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku. Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yg telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyaygi orang yg paling banyak berguna pada orang lain. Dan ku kira,, itu adalah engkau yg dimaksudkan. Maaf jika aku bukan seperti itu. Maaf kerana sering menyusahkan. Semoga Allah akan terus mencintaimu. Atas kebaikan dan keihklasamu.
Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan utk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu terutama skli di blogmu. Akhir sekali, Maaf andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa, maaf jika kehadiranku di hadapanmu membuatkan engkau merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yg mungkin.
Utk setiap pemberian yg pernah engkau hadiahkan padaku, terima kasih atas keihlasan itu.. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku.
Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang utk mendengar, jangan segan silu tuk mencari ku. Maaf juga kerana sehingga kini aku sendiri masih mencari jawapan utk senyapmu itu. Maaf jika aku yg menjadikan engkau terus membisu. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.
Coretan ini kulaygkan sebagai tanda aku mengingatimu dan merinduimu. Sekali lagi, tolong ampunkan segala dosa dan kesilapan yg pernah aku lakukan. Halal kan lah jua setiap yg pernah kau berikan padaku mahupun harta benda mu yg pernah ku rosakkan dan hilangkan. Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yg lebih baik utkmu. Sekiranya mnjauhkan diriku dan melakukan seolah tiada apa berlaku adalah yg trbaik, maka akan aku teruskan berbuat begitu. Tapia k brharap agar tika aku mnegurmu, balaslah teguranku dgn sebaiknya.
Kini, aku sedang berusaha utk mencari diriku sendiri dan berusaha utk menjadi insan yg lebih baik. Wahai sahabat, ku mohon agar engkau sudi utk memafkan segala kesilapan yg telah ku lakukan dalam sedar dan tidak ku. Semoga jua, Allah akan menemukanmu dengan seorang sahabat yg sejati. IsyaAllah, Amiin. Jaga kesihatan, jaga iman.
Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa utk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa utk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini.
Yg ikhlas,
-sahabatmu-


Isnin, Ogos 27

ShOrT dIaRiEs...


12/07/2012- Alhamdulillah… perjlanan ke KTU selamat. Semoga dipermudahkan segala urusanku di sini dan smoga Allah kuatkan smngatku dan rakan2ku sepanjang kami menjalani latihan di sini.. diberitahu rileks, tp sape tahu kan…… 

hari 1st pt,, fuhhh… tuhan je yg tahu. Tp hari2 selepas itu da mula rileks da.. biasela hari 1st, mesti kaw2 jurulatih bagi.. jadual pun agak pack, masa pun terhad.. biasala part of training to be an officer… rasa macam xnak lama plak kat sini..haha..

19/07/2012- dgn ini diisytiharkan bahawa bermula 19hb julai semua ummat islam di Malaysia dan seluruh Negara akan mula berpuasa selama sebulan… semoga amal ibadat ditrima olehNya.. insyallah.


1/08/2012- harini aku terpaksa pergi melapor sakit sebab selesema dgn demam.. seksa rasanya bila demam waktu bulan puasa ni. Yg paling teruk kalau batuk. Mmang xleh nak tidur… selepas melapor sakit, salah seorang jurulatih member nasihat kepada aku bahawa sepanjang menjalani latihan, comradeship antara kami adalah sngt penting. Dan aku akui ianya mmg sngat penting terutama bila kita sakit… waktu aku demam, aku rasa sngt lemah smangat dan ak sngt mmerlukan kata2 perangsang dan semngat dr kawan2.. Alhamdulillah, waktu aku demam, ramai yg brtanyakan khabar aku dan bg nasihat supaya jaga kesihatan dan bnyak minum air masak.. bahkan kawan aku dr ktd pun hantar msej mnta aku jaga kesihatan..sape bgtau pun xtau.. tp terima kasih bnyak2,. Tp apa yg aku trkilan, org yg aku harap2kn brtnya khabar langsung tidak brtnya khabar spanjang aku demam walaupun spotong ayat “demam ke?” atau “sihat tak?”…hmm…kadang2 perkataan yg paling ringkas la yg paling bermakna buat sseorg..btw ianya mula mnyedarkan aku bahawa xperlu nak mngharap belas ihsan org lain selagi kaki ni mampu berjalan dan tngan ni mmpu lg mnyuap nasi ke mulut…
 tp aku brterima kasih kpada kwan2 yg lain walaupun tak rapat dgn aku, tp yang itulah yg selalu bertanya khabar…. Tp ada yg paling truk siap ckap “haa, nak mampos dah?”..amboi..haha…
Tp x pe, selagi aku x mnyusahkan sesiapa, aku x nak ambil kisah dan x nak ambil tahu..dan kalau boleh aku x nak mnysahkan sesiapa…bnyak berfikir, bnyak pulak uban nnt.. J…

X sabar nak cuti raya….


Rabu, Mei 2

Sakit Berpakej...


Masuk harini da 10 hari aku da sengsara sbb sakit mata.., rasanya last aku dpat skit mata ni 2 tahun yg lpas..tu pun sbb allergic ‘eye mo’…  tambahan plak, bkan stakat skit mata, tp ditambah dgn demam, batuk, selesema dan ruam satu badan smpai xleh tidur malam..kondisi ni budak blik aku je yg tahu…tp tujuan aku tulis ni bukanlah sbb nak cerita tntg  sakit mata, tp aku nak ucapkan terima kasih pd kawan2 yg bnyak tlong aku..roomate aku dan xlupa juga yg bagi nasihat dan dorongan spaya bersabar atas ujian Allah ini.. ak x juga akan lupa kata-kata salah seorg sahabat aku ni..antara kata-kata beliau “apbila kite sentiasa mengingati dosa,  Allah sedang buang satu per satu titik hitam dalam hati kita..Allah kan Maha Pengampun… dan mengajar aku supaya mngamalkan doa ni ‘"Ya Allah andai semua ini ujian untukku, moga teguhkan imanku, jika semua ini adalah balasan untukku, ampuni lah aku..dan terima aku sebgai hambaMu”… apa shja yg berlaku adalah ujian oleh Nya… sabar adalah penawarnya.. Insyallah  ..



Thanks a lot…  smoga kita semua sentiasa dipelihara olehNya dan diberi kesihatan yang baik utk meneruskan hari2 yg bkal mndtg…. Insyallah..
·          

Selasa, April 24

Insyallah

Sudah lama rasanya tidak di update blog ni...
kalau update pun, macam la ada org baca..haha..
bukan apa, cuma sibuk sangat dgn prsediaan tahun akhir... 
sem akhir...antara semester yang paling susah...


dua minggu lpas, aku akhirnya dapat cuti semester seminggu
dan balik kampung utk brjumpa kuarga tercinta..
dan tarikh cuti trsebut merupakan satu tarikh yg amat bermakna...
iaitu 9hb April...satu tarikh yg xkan aku lupakan spanjang hyatku..Insyallah..
pada tarikh tersebut genaplah 2 tahun pemergianku arwah ibuku yg tercinta...
betapa aku merinduimu ibu..hanya Allah yg tahu betapa dalamnya rinduku padamu, ibu...
rindu ini hnya trpendam dalam hati, sukar utk diungkapkan, dan biarlah ianya kekal dalam hati ni...


semoga tahun ini, semester ini dapat ditempuhi dgn tenang dan cekal,
sbab ini sudah semester akhir aku kat universiti ni..
semoga semuanya berjalan lancar...
Insyallah.... :)

Sabtu, Mac 10

Senyum...

Senyumlah…sekiranya senyum sbg pngubt hati kita
Kerana snyum mmpunyai bnyak makna
Sekiranya kita senyum
Org yg mlihat kita snyum akan trut trsenyum

Berketawalah..sekiranya ketawa mmbuat kita gmbira
Dan mnghilangkan sgala parut2 lama
Manusia disekeliling bisa berkata ap sahaja
Kerana mereka tidak merasa beban yg kita bawa

Setiap mnusia adanya seribu satu bahasa
Setiap mnusia msti mmpunyai msalah yg dibawa
Cuma kesabaran dan ketabahan yg dpat mnyembunyikan
Msalah yg dibawa masing2…

Senyum dan ketawalah…kerana dunia ini dikongsi bersama…