Selasa, September 11

Coretan Buat Sahabat


Assalamualaikum sahabatku, maaf skiranya kehadiran coretan ini menganggu. Aku cuma mengharapkn keikhlasanmu memahami kandungan coretan ini yg mewakili diriku. Pertama sekali, aku ingin memohon keampunan dan kemaafan utk segala dosa dan kesalahan yg telah aku lakukan sepanjang kita menjalani ukhuwah sebuah prsahabatan.
Kita dipertemukan oleh Allah juga dipisahkan olehNya. Maaf, kerana aku gagal menjadi sahabat yg baik utkmu. Maaf kerana mejadi sahabat yg pernah menitiskan airmata mu. Maaf kerana pernah menyinggung perasaanmu.
Maaf  andai diriku pernah membuatmu kurang selesa dengan sikapku .Maaf andai kata engkau pernah terganggu dengan kekhilafanku. Maaf, jika aku tidak mampu menjadi yg pertama bila engkau memerlukan seseorang disampingmu. Maaf juga ku pinta kerana aku tidak mampu menjadi sahabat yg sempurna dan baik utkmu. Aku cma seorang sahabat yg penuh dengan kekurangan dan kelemahan yg seringkali tidak ku sedari. Sekali lagi, maaf sahabatku.
Aku mengutuskan coretan ini kerana seringkali teringatkan masa-masa yg pernah kita kongsi bersama. Mungkin ada kekurangan dan kesilapanku yg tidak aku sedari walaupun telah sedaya upaya ku cari dan itu mungkn telah mengguris hatimu. Setulus hati, aku mohon keampunan, kerana pernah membuatmu terjaga dari tidurmu disebabkan oleh khilafku. Maaf sahabatku, kerana aku tidak mampu menjadi penyebab kau tersenyum dan tertawa.

"Sometime I am thinking of u. whether you still remember me or not, it's not a matter. The matter is, I hope you are happy. If this distance would be the best way to make you smile again, I would be glad for you too."

 Terima kasih sangat sebab telah menjadi sahabat yg terbaik buat aku. Terima kasih sebab pernah sudi mendengar ceritaku, rintihanku, dan tangisanku dulu. Terima kasih kerana pernah berkongsi segala kesenangan dan kesusahan denganku. Namun, maaf jika kau merasakan yg sebaliknya sepanjang mengenaliku. Luhur budimu tidak akan aku lupakan sahabat!
Semoga setiap langkah yg terbuka akan membawamu ke jalan Redhanya Allah. Allah menetapkan utk menemukan dan kemudian memisahkan kita. Diamku kini bukan bererti membenci, tetapi cukup sebagai tanda aku ingin kau bahagia tanpa aku yg sering melukaimu dan membuatkan kau menjadi bisu dan berasa tidak selesa dengan kehadiranku.
Sahabat, kau berhak bahagia dan gembira, bukan dibanjiri dengan airmata seperti ketika kau bersama denganku. Sepanjang kita bersama, terlalu banyak yg telah kau korbankan dan banyak juga kau membantuku. Allah sangat menyaygi orang yg paling banyak berguna pada orang lain. Dan ku kira,, itu adalah engkau yg dimaksudkan. Maaf jika aku bukan seperti itu. Maaf kerana sering menyusahkan. Semoga Allah akan terus mencintaimu. Atas kebaikan dan keihklasamu.
Sahabat, maaf andai aku pernah membuatmu kesal mengenaliku, tapi bagi ku, tidak ada rasa itu walau sedikit, sebalikya aku teramat bersyukur kerana pernah diberi kesempatan utk menjadi sebahagian dari cerita hidupmu terutama skli di blogmu. Akhir sekali, Maaf andai memandangku sahaja membuat kau tidak selesa, maaf jika kehadiranku di hadapanmu membuatkan engkau merasa benci, meluat dan ingin berlari sejauh yg mungkin.
Utk setiap pemberian yg pernah engkau hadiahkan padaku, terima kasih atas keihlasan itu.. Semoga Allah melimpahkan keceriaan dan kejayaan dalam hidupmu sahabatku.
Akhir sekali, jika satu saat nanti, kau memerlukan seseorang utk mendengar, jangan segan silu tuk mencari ku. Maaf juga kerana sehingga kini aku sendiri masih mencari jawapan utk senyapmu itu. Maaf jika aku yg menjadikan engkau terus membisu. Semoga Allah akan terus menerus merahmatimu SAHABATKU.
Coretan ini kulaygkan sebagai tanda aku mengingatimu dan merinduimu. Sekali lagi, tolong ampunkan segala dosa dan kesilapan yg pernah aku lakukan. Halal kan lah jua setiap yg pernah kau berikan padaku mahupun harta benda mu yg pernah ku rosakkan dan hilangkan. Sesungguhnya, aku selalu alpa. Semoga Allah membalas setiap kebaikanmu dengan kebaikan yg lebih baik utkmu. Sekiranya mnjauhkan diriku dan melakukan seolah tiada apa berlaku adalah yg trbaik, maka akan aku teruskan berbuat begitu. Tapia k brharap agar tika aku mnegurmu, balaslah teguranku dgn sebaiknya.
Kini, aku sedang berusaha utk mencari diriku sendiri dan berusaha utk menjadi insan yg lebih baik. Wahai sahabat, ku mohon agar engkau sudi utk memafkan segala kesilapan yg telah ku lakukan dalam sedar dan tidak ku. Semoga jua, Allah akan menemukanmu dengan seorang sahabat yg sejati. IsyaAllah, Amiin. Jaga kesihatan, jaga iman.
Tika airmatamu mengalir lagi, jangan tahan, biarkan ia menitis jatuh ke bumi, tapi tolong, jangan lupa utk menyekanya dan tersenyum kembali. Apabila suatu saat kau rasa ingin rebah, maka duduklah, tapi tolong, jangan lupa utk bangkit kembali. Aku akan terus menyokongmu dalam diam, dari jarak ini.
Yg ikhlas,
-sahabatmu-


Tiada ulasan: